Untuk permulaan, kita akan belajar tentang golongan kata. Golongan kata dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Kata Kerja Saya akan menyentuh sub tajuk golongan kata kerja terlebih dahulu. Apa itu kata kerja? Umumnya, golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan.
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan ; a) kata kerja transitif b) kata kerja tak transitif.
Video Kungfu panda
Dengan berdasarkan kepada video Kungfu Panda di atas, apakah kata kerja yang dapat anda lihat daripada perlakuan kartun-kartun tersebut??
Untuk menjadi guru, bukanlah mudah seperti yang disangka. Seorang guru perlu bersedia untuk berjuang mendidik seseorang menjadi seseorang yang lain. Dahulu hingga kini, saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru, guru pendidikan khas.
Daripada apa yang saya dengar, guru pendidikan khas perlu lebih banyak bersabar dan bersedia dengan hati dan terbuka dan ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru dan mungkin lebih dari itu. Insya Allah, saya bersedia untuk menyahut cabaran menjadi seorang guru dan berkhidmat untuk anak-anak berkeperluan khas ini.
Dalam pengajian saya di UKM ini, saya lebih tertumpu dengan bidang masalah pendengaran. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Antaranya menggunakan bahasa isyarat. Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai huruf-huruf dalam bahasa isyarat. Emm..memang seronok apabila anda dapat menguasainya..
Insya Allah, saya akan lebih tertumpu pada bidang bahasa Melayu termasuklah aspek tatabahasa Melayu memandangkan pengajian saya dalam bidang Pengajian Melayu ketika ijazah dahulu dan semestinya menggunakan bahasa isyarat ini dalam tiap pengajaran saya.
Salam buat semua..saya bawakan anda ke satu kisah kehidupan..SELAMAT MEMBACA ;-)
Kasih Sayang, Kejayaan dan Kekayaan
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan
sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah
Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput
kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya
:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada
Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang,
kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
Salam buat semua..
Untuk pengetahuan, laman ini diwujudkan istimewa untuk memuatkan pelbagai isi dan topik yang berkaitan dengan pengajaran BAHASA MELAYU...oleh itu, selamat membaca!!!!