BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 25, 2009

Pengajaran tentang tatabahasa..

Untuk permulaan, kita akan belajar tentang golongan kata.
Golongan kata dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Kata Kerja
Saya akan menyentuh sub tajuk golongan kata kerja terlebih dahulu. Apa itu kata kerja?
Umumnya, golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan.

Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan ;
a) kata kerja transitif
b) kata kerja tak transitif.

Video Kungfu panda




Dengan berdasarkan kepada video Kungfu Panda di atas, apakah kata kerja yang dapat anda lihat daripada perlakuan kartun-kartun tersebut??

0 comments: